Keanehan Gaddafi
Oleh Noraini Abd. Razak
EMPAT jelitawan yang bertugas mengawal keselamatan Muammar Gadaffi.
--------------------------------------------------------------------------------
SETIAP kali melakukan misi diplomatik, Muammar Gaddafi membawa bersama khemah ala Badwi dan tampil dengan pakaian kegemarannya - pakaian rasmi Afrika. Beliau sememangnya pemimpin yang unik. Malah ada juga mengkategorikan Gaddafi sebagai satu-satunya pemimpin eksotik di dunia.
Biar apa pun gelaran terhadapnya, Kolonel Gaddafi berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Presiden Libya lebih 40 tahun. Sepanjang tempoh itu beliau masih mampu mengekalkan beberapa perkara mistik mengenai diri serta corak kepimpinannya.
Zaman muda Gaddafi menunjukkan kecenderungannya yang sebenar. Beliau menjadi sebahagian daripada kumpulan pergerakan revolusi semasa bersekolah lagi. Gaddafi menyertai akademi tentera selepas enggan menamatkan pengajian geografi di universiti. Segala-galanya bermula di akademi tentera apabila beliau memulakan gerakan menamatkan pemerintahan monarki. Gerakan itu berakhir dengan penggulingan kuasa Raja Idris yang menyaksikan Gaddafi diangkat sebagai pemimpin Libya pada tahun 1969 ketika usianya baru 27 tahun. Setahun selepas itu beliau merumuskan Third Universal Theory - jalan tengah antara komunisme dan kapitalisme. Ketika itu Gaddafi menyusun semula sistem ekonomi, sosial dan ketenteraan Libya.
Anak kepada penggembala Badwi itu dilahirkan pada Jun 1942 di dalam sebuah khemah berdekatan Sirte di pantai Mediterranean.
Salah satu tugas pertamanya adalah menubuhkan pasukan tentera, bagaimanapun beliau turut mengeluarkan berbillion dolar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, menjadikannya pemimpin yang popular kerana bergaji rendah.
Gaddafi turut melimpahkan peruntukan kewangan untuk projek-projek mega seperti loji besi di Msrata dan sungai besar buatan manusia bertujuan menyalurkan air dari perigi-perigi padang pasir kepada masyarakat persisiran pantai.
Pada masa yang sama beliau menekan musuh-musuhnya menggunakan tentera, polis dan pelajar yang taat kepadanya menerusi ‘purification committess’ untuk memastikannya kekal berkuasa.
Biarpun sering digambarkan sebagai diktator namun, Gaddafi tetap dihormati sebahagian rakyat Libya kerana sifatnya yang berkarisme. Beliau sering tampil dengan -sentuhan popular dan keberaniannya menggunakan televisyen sebagai medium tidak seperti pemimpin-pemimpin Arab yang lain.
Nasionalisme
Pegangan politik Gaddafi adalah gabungan nasionalisme dan demokrasi popular yang melahirkan Sosialisme Islam. Selaras dengan tuntutan Islam, Gaddafi melaksanakan pengharaman arak dan judi. Pada masa yang sama beliau memberi penekanan kepada pendidikan dan kebajikan. Gaddafi memperjuangkan penyatuan antara semua negara Arab dan memberi sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin.
Di sebalik sebuah negara yang kaya dengan minyak, Libya berhadapan sekatan mengeksport minyak pada tahun 1990-an berikutan keengganan beliau membebaskan pengebom Lockerbier - al-Megrahi. Episod itu berkesudahan dengan penyerahan al-Megrahi kepada polis Scotland untuk dibicarakan. Baru-baru ini beliau dibebaskan atas belas ihsan supaya al-Megrahi dapat mengakhiri hidupnya di Libya. Tindakan Gaddafi mengalu-alukan kepulangan pengebom Lockerbie itu dikutuk oleh kebanyakan pemimpin dunia.
Tampil dengan kostum kebangsaan, Gaddafi secara fizikalnya dilihat bertubuh besar selain tidak lekang daripada cermin mata hitam ‘aviator’. Beliau lebih selesa tinggal di dalam khemah baik di negara sendiri mahu pun semasa misi diplomatiknya. Gaddafi mendirikan khemah di Champs Elysee semasa lawatannya ke Perancis pada 2007. Di Brussel, khemah Gaddafi didirikan Romano Prodi. Sementara semasa lawatannya ke New York untuk menyampaikan ucapan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rancangan Gaddafi untuk mendirikan khemah di Central Park tidak kesampaian berikutan bantahan pemimpin-pemimpin setempat. Sebaliknya, Gaddafi mendirikan khemah di tanah milik jutawan terkenal AS, Donald Trump.
Keunikan Gaddafi menyebabkan pencarian maklumat tentang dirinya begitu popular. Dalam usaha tersebut kesilapan mengeja nama Gaddafi sememangnya luar biasa. Kontroversi sebelum ucapan beliau di PBB, menyebabkan pencarian maklumat mengenai Gaddafi paling tinggi Google. Bagaimanapun sering berlaku kesilapan ejaan nama beliau – khadafy, ghadafy, omar kadafi, gadaffi dan macam-macam lagi.
Selain gaya hidupnya, banyak yang menarik tentang Gaddafi, gadis-gadis muda sebagai pengawal peribadi serta ketajaman mulut beliau menempelak musuh, Gaddafi tampil sebagai pemimpin Libya yang sentiasa mencuri perhatian sejak lebih 40 tahun lalu.
Semasa lawatannya ke Itali Ogos lalu, tindakan pemimpin Libya itu mengajak ratusan gadis memeluk agama Islam membayangi tujuan utama lawatan dua harinya ke negara itu. Maklumat diplomatik Amerika Syarikat yang didedahkan oleh WikiLeaks menunjukkan Gaddafi bertegas mahu menginap di tingkat satu hotel semasa melawat New York pada 2009. Beliau juga dilaporkan enggan memanjat lebih daripada 35 anak tangga.
http://liriksemualagu.blogspot.com/2011/03/kisah-hidup-ghaddafi.html
Minggu, 06 Maret 2011
KISAH HIDUP GHADDAFI
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
1 komentar:
Gaddafi mengagumi pendiri Mesir, Jamal Abdul Naser
Dalam zaman jayanya yaitu ketika mulai berkuasa lewat kudeta militer tak berdarah tahun 1969, Muammar Gaddafi adalah perwira militer yang muda, tampan dan berkharisma.
Pengikut Presiden Mesir pertama, Jamal Abdul Naser (dia bahkan ikut memakai pangkat militer yang sama, mempromosikan dirinya dari kapten menjadi kolonel setelah kudeta), Gaddafi pertama-tama menetapkan cara mengatasi warisan ketidakadilan ekonomi yang waktu itu sangat didominasi oleh pihak asing.
Bagi Nasser, ketidakadilan itu adalah Terusan Suez. Bagi Gaddafi, ketidakadilan itu adalah minyak.
Cadangan minyak ditemukan di Libia pada akhir tahun 50-an, tetapi pengeksploitasiannya dikuasai oleh perusahaan-perusahaan minyak asing. Mereka inilah yang menentukan harga sesuai dengan kebutuhan konsumen di dalam negeri mereka masing-masing. Selain itu mereka menikmati setengah dari pendapatan.
Kolonel Gaddafi menuntut perundingan ulang kontrak-kontrak itu dan mengancam akan menutup produksi jika perusahaan-perusahaan itu menolak.
Dia diingat karena mengancam para direktur perusahaan-perusahaan minyak asing dengan mengatakan bahwa "orang yang selama 5.000 tahun hidup tanpa minyak, masih bisa hidup tanpa minyak selama beberapa tahun lagi demi memperoleh hak mereka kembali".
Langkah itu berhasil dan Libia menjadi negara berkembang pertama yang mendapatkan bagian mayoritas dari pendapatan produksi minyak di negaranya. Negara-negara lain kemudian mengikuti preseden ini dan pada tahun 1970-an boom minyak Arab dimulai.
Libia berada dalam posisi paling strategis untuk menikmati keuntungan. Ketika itu tingkat produksinya sudah menyamai negara-negara Teluk dan Libia saat itu adalah negara terkecil di Afrika (dengan tiga juta penduduk pada saat itu), Libia dengan cepat meraup emas hitam ini.
TEORI POLITIK
Gaddafi tidak mengikuti doktrin nasionalisme Arab atau menunjukkan konsumerisme berlebihan yang melanda kawasan Teluk.
Buku hijau berisi doktrin Gaddafi
Gaddafi melahirkan teori sendiri selama berkuaa
Karakternya yang lincah mengantarkan dia dan Libia ke jalan yang baru.
Terlahir dari orang tua Badawi yang nomaden pada tahun 1942, Muammar Gaddafi jelas seorang pria yang pintar, penuh akal tetapi dia tidak menjalani sistem pendidikan yang ketat, selain belajar membaca al-Quran dan latihan militer.
Walau begitu, awal tahun 70-an dia membuktikan diri sebagai filusuf politik terkenal, mengembangkan satu teori bernama teori universal ketiga yang dipaparkannya secara mendalam dalam buku terkenalnya Green Book, Buku Hijau.
Teori dia menyelesaikan kontradiksi yang ada secara melekat dalam kapitalisme dan komunisme, guna mengantarkan dunia ke revolusi politik, ekonomi dan revolusi sosial dan membebaskan kalangan tertindas di manapun.
Posting Komentar